Search
Friday, January 27, 2012..:: Home::..Register  Login
 LOKASI Minimize

 Print   
 PENGENALAN STESEN Minimize
SEJARAH RTM SABAH

Sejarah penyiaran di Sabah bermula pada tahun 1939 dengan ulasan selari perlumbaan kuda di Jesselton (sekarang Kota Kinabalu) yang dibuat dalam Bahasa Inggeris dan disiarkan melalui talian radio-telefon ke Sandakan. Radio telefon ini dikuasai oleh Jabatan Radio-Telegraf yang telah wujud sebelum tahun 1916. (Petikan dari Laporan Tahunan Jabatan Radio-Telegraf Negeri Jajahan Borneo Utara).

Perkhidmatan siaran radio sepatutnya boleh dimulakan sebelum tahun lima puluhan tetapi tidak ada siapa pun yang mahu atau berhak memulakannya. Atas inisiatif seorang Jurutera Telekom, Mr. Bradley, beliau membuat percubaan siaran radio dari rumahnya sendiri sebagai studio dan memancarkannya dengan menggunakan alat pemancar yang terdapat di bangunan Pos dan Telegraf yang kebetulan terletak dekat dengan rumahnya. ( Petikan dari temuramah dengan Encik Ian De La Harpe, bekas Juruteknik Kanan Telekom/Penyiaran 1957).

Siaran percubaan dari rumah Mr. Bradley dikendalikan pada tengah hari dengan menyiarkan berita, kadangkala pengumuman dan rencana mengenai perlumbaan kuda yang sememangnya amat diminati ramai. Walaupun masih dalam percubaan sambutan orang ramai amat menggalakkan diukur dari segi permintaan Lesen Penerima Siaran yang perlu dibayar kepada Jabatan Pos dan Telegraf. Dalam tahun 1951 jumlah lesen yang dikeluarkan ialah 1,611 dan dalam tahun yang sama siaran percubaan ini dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Cina

 Print   
 Forum Minimize
  Forum
 Forums
ThreadsPosts
Last Post
 Discussions
Public Forum
General
00
None

 Print   
 UsersOnline Minimize
MembershipMembership:
Latest New UserLatest:the_lady's
New TodayNew Today:0
New YesterdayNew Yesterday:0
User CountOverall:2

People OnlinePeople Online:
VisitorsVisitors:0
MembersMembers:0
TotalTotal:0

Online NowOnline Now:

 Print   
Copyright 2009 by sabah.dapat.fm   Terms Of Use  Privacy Statement